SUMBANG. Seramai 29 anak yatim daripada kariah Surau Al Munir, Taman Sri Nanding diraikan dalam satu majlis berbuka puasa di Hulu Langat, Selangor baru-baru ini. Pengerusi Surau Al Munir, Abdul Razak Ahmad berkata, program tersebut dianjurkan bagi meringankan beban orang yang kurang berkemampuan. “Setiap anak yatim menerima sumbangan RM800 seorang yang akan digunakan untuk persiapan menyambut hari raya yang bakal tiba. “Saya berharap sumbangan diberikan itu dapat digunakan dengan sebaik-baiknya oleh penerima,” katanya. Program tersebut turut dihadiri oleh Ketua Kampung Dusun Nanding, Mohd. Yusof Abdul Manan.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya