KUALA LUMPUR – Sebanyak 220 notis dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas menerima aduan melalui aplikasi WhatsApp dalam tempoh tiga hari operasi penguatkuasaan perayaan Hari Raya Adilfitri (HRA) yang bermula sejak 29 Mei lepas.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata,antara kesalahan yang dikenal pasti adalah memandu di lorong kecemasan, memandu melebihi had laju, menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan bas yang menggunakan laluan kanan secara berterusan.
Katanya, selain itu, sekretariat aduan yang beroperasi selama 16 jam iaitu bermula pukul 8 pagi sehingga 12 malam diwujudkan sepanjang tempoh operasi kecuali pada sambutan perayaan pada 5 dan 6 Jun ini.
“Aduan ini diwujudkan bagi memastikan tindakan diambil terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan di musim perayaan dan aduan tersebut hendaklah tepat dengan maklumat yang lengkap.
“Pada operasi lepas, JPJ telah menerima 288 aduan tidak lengkap daripada orang ramai,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan bas dalam Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) di Terminal Bersepadu Selatan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











