190 kenderaan disaman, 13 motosikal disita - Utusan Malaysia

190 kenderaan disaman, 13 motosikal disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengeluarkan 190 saman atas pelbagai kesalahan dan menyita 13 buah motosikal dalam Op Khas Motosikal Hari Raya Aidilfitri 2019 bersepadu di sini, malam tadi.

Dalam operasi bermula pukul 8.30 malam itu, sebanyak 420 buah kenderaan diperiksa dengan 201 kesalahan dikesan yang sebahagian besarnya membabitkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, daripada jumlah pemeriksaan itu, sebanyak 59 buah kenderaan dikenakan tindakan saman atas pelbagai kesalahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kesalahan tertinggi direkodkan melibatkan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans dengan masing-masing 62 kes, diikuti tiada lesen memandu (44 kes), nombor pendaftaran (15 kes) dan 18 kes bagi kesalahan-kesalahan lain.

“Dalam operasi ini, kita telah mengeluarkan 190 Notis Saman JPJ (P22) membabitkan 59 buah kenderaan atas pelbagai kesalahan.

“Kita juga telah menyita 13 buah motosikal pelbagai jenis dengan kebanyakannya melibatkan kesalahan LKM tamat tempoh dan lesen memandu kompeten (CDL) tamat tempoh,” katanya pada sidang akhbar Op Khas Motosikal Hari Raya Aidilfitri 2019 di sini malam tadi.

Tambah beliau, operasi tersebut melibatkan seramai 91 anggota penguat kuasa iaitu JPJ, Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK) negeri Dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini