KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara kelmarin. Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzamee Daud berkata, serbuan yang dilakukan pada pukul 4 petang itu turut menahan dua orang majikan. “Daripada keseluruhan PATI yang ditahan, 12 merupakan warganegara India, Pakistan (2), Bangladesh (1) dan seorang warganegara Pakistan yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu…










