KUALA LUMPUR – Sebanyak 94 warga asing termasuk 11 warga Afrika ditahan dalam Operasi Bersepadu Cegah Jenayah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sekitar ibu negara yang bermula semalam hingga hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, operasi bermula pada pukul 4 petang semalam dan berakhir pukul 5.30 pagi turut dilakukan bersama pegawai Jabatan Imigresen. “Operasi dijalankan di sekitar kawasan Setapak, LRT Bandar Tasik Selatan, Stesen…










