KARF AWEID 6 Jun – Sekurang-kurangnya 10 orang awam termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam dua serangan udara oleh rejim Syria ketika sambutan Aidilfitri di wilayah Idlib, di sini semalam. Paling menyedihkan apabila cebisan daging salah seorang kanak-kanak yang mati itu terpaksa dikutip dan diletakkan di dalam kotak kadbod untuk dikebumikan. Kehadiran 1 Syawal yang sepatutnya disambut dengan gembira bertukar menjadi sedih apabila keluarga mangsa berkumpul di tanah perkuburan untuk menguruskan…










