PARIS 28 Mei- Pilihan kelima, Alexander Zverev mempersiakan kelebihan mendahului dua set, sebelum pemain Jerman itu menyingkirkan John Millman dalam pertarungan yang diheret sehingga ke set penentuan untuk mara ke pusingan kedua kejuaraan tenis Terbuka Perancis, hari ini. Pemain berusia 22 tahun itu, dalam bidaannya untuk muncul pemain Jerman pertama merangkul gelaran di Roland Garros sejak Henner Henkel berbuat demikian pada 1937, selepas dia mencatat kemenangan 7-6 (7/4), 6-3, 2-6,…










