Zulakbal hanya mahu lihat Liga M meningkat - Utusan Malaysia

Zulakbal hanya mahu lihat Liga M meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Naib Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Dr. Zulakbal Abd. Karim berkata, kenyataannya berhubung Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masih kurang berkesan dalam mentadbir urus Liga Malaysia, dibuat dengan hasrat murni iaitu ke arah menambah baik perjalanan dan pengurusannya.

Menurutnya, tidak timbul niat untuk mengaibkan, mengutuk apatah lagi memfitnah, MFL mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika bercakap kepada wakil media di ibu kota, Jumaat lalu sebaliknya lebih kepada hasrat untuk melihat liga ke arah yang membina dan positif.

“Sebagai seorang penggiat dalam sukan ini dan penyandang jawatan kanan PJBM, tujuan saya mengeluarkan kenyataan itu hanyalah untuk melihat penambahbaikan Liga M. Sudah tentulah kenyataan ini dikeluarkan atas rasa sayangnya saya kepada sukan bola sepak negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada niat langsung untuk mengaibkan, mengutuk atau memfitnah mana-mana pihak, MFL atau FAM. Nada saya juga masih berlapik iaitu tidak melabelkan MFL sebagai gagal tetapi hanya kurang berkesan.

“Sempena bulan Ramadan ini, saya memohon maaf sekiranya kenyataan itu menyinggung perasaan mana-mana pihak secara langsung atau tidak langsung. Saya akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan selepas ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini