Zeti bakal pengerusikan pasukan khas berkaitan tadbir urus  - Utusan Malaysia

Zeti bakal pengerusikan pasukan khas berkaitan tadbir urus 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan bercadang menubuhkan satu pasukan khas yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai inisiatif mengkordinasi usaha agar negara terus cemerlang dalam laporan Corporate Governance Watch (CGW) 2018.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pasukan khas itu juga akan dianggotai oleh agensi berkaitan agar pencapaiannya selaras dengan matlamat kerajaan yang diterjemah dalam Pelan Antirasuah Nasional.

“Pasukan khas ini akan digerakkan oleh Zeti dan beliau akan mengkaji laporan berhubung tadbir urus korporat” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan JKKMAR 3/2019 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahathir bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut tentang nama dan komposisi keahlian pasukan khas terbabit.

Sementara itu, Mahathir berkata, laporan berdasarkan kaji selidik CG Watch melibatkan lebih daripada 1,000 syarikat itu meletakkan Malaysia di kedudukan keempat daripada 12 buah negara Asia Pasifik berbanding tempat keenam pada tahun 2016.

“Pengiktirafan ini tidak statik dan kita juga tidak harus berpuas hati dan berhenti berusaha memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam sedia ada.

“Saya ingin memperingatkan semua anggota kerajaan bahawa sistem atau cara melakukan sesuatu, walau bagaimana baik sekalipun, tidak akan berjaya jika pengamal sistem tidak gunanya dengan jujur, disiplin dan semangat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini