Zakir Naik didakwa terlibat aktiviti pengubahan wang haram - Utusan Malaysia

Zakir Naik didakwa terlibat aktiviti pengubahan wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DEHLI 3 Mei – Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah AS$28 juta (RM116 juta) di India.

Menurut laporan BBC, Direktorat Penguatkuasaan (ED) India yang menyiasat jenayah kewangan itu memfailkan laporan terhadap Zakir,53, di Mahkamah Mumbai, semalam.

Pertuduhan itu kata ED difailkan selepas pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung aset berjuta-juta milik Zakir yang dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram, pihak berkuasa India turut menuduh Zakir sebagai menyebarkan ucapan berbaur kebencian dan menghasut keganasan.

“Hasil siasatan mendapati ceramah Zakir memberi inspirasi dan menghasut belia beragama Islam di India untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang dan perbuatan keganasan,” kata ED kepada mahkamah di sini semalam. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini