Yuran tabika Kemas kekal serendah RM10 - Utusan Malaysia

Yuran tabika Kemas kekal serendah RM10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Mei – Yuran taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) Kemas kekal serendah RM10 hingga maksimum RM25 mengikut kawasan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berkata, kadar itu kekal dan tidak berubah sejak sekian lamanya bagi menjaga kebajikan golongan berpendapatan rendah B40.

Katanya, pihaknya berbuat sedemikian kerana memahami keadaan ibu bapa yang tidak mampu di luar bandar dan juga bagi golongan miskin bandar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita membuka kemasukan kepada semua kanak-kanak Malaysia, tetapi keutamaan kepada golongan B40.

“Kita tidak mempertimbangkan pun kenaikan yuran. Tidak. Kita (kerajaan) bagi sumbangan. Ada kes-kes yang benar-benar ibu bapa susah. Kita kena lihat banyak benda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Institut Kemajuan Desa (Infra) Bangi dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini