Yoga untuk semua - Utusan Malaysia

Yoga untuk semua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIHAT. Seramai 60 peserta termasuk 20 daripadanya adalah golongan orang kelainan upaya menyertai program ‘Free Yoga Fit’ anjuran mahasiswa tahun pertama Pusat Sukan & Sains Eksesais Universiti Malaysia (UM) di universiti itu baru-baru ini.

Pensyarah Kanan Pusat Sukan & Sains Eksesais UM, Dr. Teo Eng Wah berkata, program tersebut memberi peluang dan platform yang sesuai kepada mahasiswa untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari dan mengaplikasikannya kepada masyarakat.

“Selain mempromosi gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal seperti yoga, program ini juga secara tidak langsung telah membuktikan mahasiswa mempunyai peranan yang luas sebagai ejen perubahan untuk menjadikan masyarakat lebih konklusif,” katanya lagi selaku penasihat program.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain sesi yoga, program itu yang turut mendapat kerjasama daripada beberapa syarikat dan agensi swasta turut menampilkan aktiviti-aktiviti sampingan seperti pemeriksaan kesihatan dan cabutan bertuah.

Oleh: Adnin Razak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini