Warga PDRM beri sokongan padu terhadap Ketua Polis Negara baharu - Utusan Malaysia

Warga PDRM beri sokongan padu terhadap Ketua Polis Negara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharapkan memberikan sokongan padu terhadap Ketua Polis Negara baharu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador yang akan menjawat jawatan tersebut secara rasmi pada Sabtu ini.

Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, keputusan tersebut dibuat oleh kerajaan dan perlu diterima oleh kesemua warga PDRM.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Abdul Hamid atas pelantikan  tersebut dan sememangnya pengumuman tersebut dinantikan oleh seluruh warga PDRM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai orang nombor satu dalam pasukan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jualan Buku Mes PDRM Pada Era 100 Tahun di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Ketika diminta untuk mengulas berkenaan lantikan Timbalan Ketua Polis Negara, pihaknya juga akan berjumpa dengan Hamid Bador untuk membincangkannya.

“Keputusan siapa yang akan mengisi jawatan tersebut pula akan ditentukan oleh pihak kerajaan.

“Kita juga akan mengambil kira perkara berkaitan kekosongan jawatan Pengarah Cawangan Khas yang akan diambil alih oleh kepimpinan baru nanti,” ujarnya.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu kenyataan pada hari ini, memaklumkan bahawa Abdul Hamid dilantik menjadi Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara selama dua tahun berkuat kuasa pada Sabtu ini hingga 3 Mei 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini