Warga emas ditahan disyaki terlibat bakar warung roda tiga - Utusan Malaysia

Warga emas ditahan disyaki terlibat bakar warung roda tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 29 Mei – Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kejadian kebakaran sebuah warung roda tiga di Bagan Ajam, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi itu, kelibat suspek melakukan perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan dan ditangkap pemilik warung berkenaan sebelum menyerahkannya kepada polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil siasatan mendapati keseluruhan warung hangus terbakar dan tiada sebarang peralatan berniaga dapat diselamatkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, tiada sebarang kemalangan jiwa dan premis-premis lain yang terlibat dalam insiden kebakaran ini.

“Jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM10,000 dan rakaman CCTV insiden ini akan dihantar ke makmal forensik untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

KEADAAN warung roda tiga di Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang yang musnah akibat dibakar
KEADAAN warung roda tiga di Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang yang musnah akibat dibakar seorang lelaki warga emas. – UTUSAN ONLINE

Menurutnya, hasil siasatan awal Jabatan Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) juga mendapati terdapat unsur-unsur khianat dengan api di dalam kes itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan suspek kini dalam tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk tampil atau menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini