KATHMANDU 16 Mei – Seorang eksekutif perniagaan dari Afrika Selatan menjadi wanita kulit hitam pertama dari benua Afrika berjaya menjejaki kaki ke puncak Gunung Everest.
Saray Khumalo, 47, berjaya mencatatkan rekod berkenaan selepas tiga percubaannya sebelum ini gagal.
Jabatan Pelancongan Nepal mengesahkan Khumalo berjaya sampai ke puncak Everest tetapi belum dapat dipastikan sama ada dia wanita kulit hitam Afrika pertama berbuat demikian atau tidak.
Memuatkan artikel berkaitan…
Khumalo kini dalam misinya untuk menawan gunung tertinggi di setiap benua.
Dia sebelum ini sudah menawan Gunung Kilimanjaro di Afrika, Aconcagua di Argentina dan Gunung Elbrus di Rusia. – AFP











