Wanita cedera, rugi RM1,700 disamun - Utusan Malaysia

Wanita cedera, rugi RM1,700 disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 TUMPAT – Seorang wanita bukan sahaja cedera pada bahagian tangan, kepala dan muka, malah kerugian RM1,500 selepas rantai emas miliknya disamun dalam kejadian di Kampung Pauh Sebanjar, di sini malam tadi.

Kejadian pukul 7.20 malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum motosikal ditunggang ditolak dua lelaki yang kemudian bertindak menyamunnya.

Selain itu, mangsa yang berusia 22 tahun turut kerugian RM200 apabila wang tunai miliknya turut disamun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang bersendirian dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bendang Pak Yong.

“Apabila tiba di lokasi kejadian mangsa didatangi dua lelaki dari arah belakang dan kemudian telah bertindak menarik beg bimbit wanita berkenaan yang berada di dalam raga motosikal.

“Suspek telah bertindak menolak mangsa yang menaiki motosikal Honda Dash sehingga menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini