Wan Azizah ucap tahniah kepada Jokowi - Utusan Malaysia

Wan Azizah ucap tahniah kepada Jokowi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang diumumkan memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2019 untuk kekal memerintah negara itu bagi tempoh 2019-2024.

Wan Azizah dalam kenyataan hari ini berkata, sebagai negara serumpun, beliau optimis bahawa hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan terus diperkukuh di samping memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya mendoakan Joko Widodo dikurniakan kesihatan yang baik dan terus kental dalam menghadapi liku-liku mendatang sebagai seorang pemimpin,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada pukul 1.46 pagi ini (waktu Indonesia Barat) mengumumkan keputusan Pilpres 2019, sehari lebih awal selepas proses pengiraan undi di 813,350 Tempat Pembuangan Suara atau pusat pengundian, selesai 11.30 malam, Isnin. Pilpres 2019 diadakan pada 17 April lepas.

Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma’ruf Amin, 76, memperoleh 85,607,362 undi, manakala pencabarnya, Prabowo Subianto, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperoleh 68,650,239 undi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini