WADIRA komited perkasa kaum wanita - Utusan Malaysia

WADIRA komited perkasa kaum wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Wanita Dihati Rakyat (WADIRA) berhasrat memperkasakan kaum wanita agar golongan itu terus menyumbang dalam pembangunan negara.

Timbalan Pengerusi WADIRA, Datin Noorul Ain Mohamed Nor berkata, antara tumpuan persatuan itu ialah membantu golongan ibu tunggal, gelandangan, golongan berpendapatan rendah (B40) serta menangani isu sosial dalam kalangan remaja perempuan. 

“Kami mahu menjadi satu platform menggabungkan bantuan dari golongan berpengalaman dan sentiasa bersedia menyantuni masyarakat melalui pelbagai platform yang disediakan kerajaan  tanpa mengira agama dan kaum. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami turut mengalu-alukan penyertaan masyarakat sejajar dengan hasrat kerajaan dalam memastikan kaum wanita mampu berdikari dan seiring dengan pembangunan negara,” katanya ketika berucap dalam majlis berbuka puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Presiden WADIRA, Datuk Tengku Ilham Almarhum Tengku Temenggung Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Noorul Ain turut memaklumkan bahawa Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah turut berkenan untuk menjadi Penaung Diraja kepada pertubuhan tersebut. 

“Penglibatan Raja Puan Besar Perak merupakan satu usaha untuk merapatkan hubungan istana dengan masyarakat. Justeru itu, WADIRA menyeru semua wanita tanpa mengira bangsa turun bersama menjayakan program ini.

“Kita harus berganding bahu mendekati mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan sehingga kaum wanita mampu menjadi ‘role model’ yang berjaya,” ujarnya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini