[VIDEO] Wiranita Perkasa raikan 95 asnaf sambut Ramadan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Wiranita Perkasa raikan 95 asnaf sambut Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Mei – Seramai 95 golongan asnaf mengukir senyuman untuk menyambut Ramadan tidak lama lagi apabila menerima sumbangan daripada kumpulan wanita Pertubuhan Pribumi Perkasa (Wiranita Perkasa).

Sumbangan itu diserahkan dalam program Tadarus al-Quran Wiranita Perkasa Malaysia 2019 hari ini di Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah di sini.

Perkasa dalam kenyataannya kepada Utusan Online memberitahu, seramai 400 wanita terlibat dalam program tersebut yang dimulakan aktiviti solat Dhuha, tadarus dan khatam al-Quran.

Memuatkan artikel berkaitan…
PROGRAM tadarus dan khatam al-Quran anjuran Wiranita Perkasa diadakan sempena menyambut ketibaan bul
PROGRAM tadarus dan khatam al-Quran anjuran Wiranita Perkasa diadakan sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan di Masjid Al-Bukhary Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN ONLINE

Program berkenaan dirasmikan oleh Naib Presidennya, Syed Osman Syed Mansor dan Ketua Wiranita Perkasa Malaysia, Fauzia Nawawi.

Dalam pada itu, turut diadakan jualan daripada Wiranita Perkasa Parlimen Pandan untuk pengunjung yang hadir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini