KUALA LUMPUR 1 Mei – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 72, meninggal dunia pada kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. Menurut anak Allahyarham, Mohamad Yusri Abu Hassan, bekas Penasihat Agama Istana Negara itu terjatuh semasa mahu memakai seluar untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi. “Lepas jatuh (Allahyarham) terus tidak sedarkan diri. Kemudian kami panggil ambulans dan ketika ambulans sampai dah cuba buat bantuan kecemasan (CPR) sampai ke hospital.…










