[VIDEO] TMJ sedia lawan team Syed Saddiq - Utusan Malaysia

[VIDEO] TMJ sedia lawan team Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kesediaan untuk bertemu pasukan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam perlawanan bola sepak di Larkin.

TMJ sedia lawan team Syed Saddiq

Baginda menyatakan kesediaan itu menerusi satu kicauan balas kepada pemilik akaun @vijhayvick yang membangkitkan persoalan bagaimana pertembungan pasukan TMJ bertemu dengan pasukan Syed Saddiq.

“Cabaran diterima, Larkin (Stadium Tan Sri Hassan Yunos) akan dibuka untuk menentang pasukan ‘Picasso’. Pertembungan seperti ‘gladiator’ ini mesti berlangsung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa, perlawanan ini perlu diadakan segera atau kita tunggu pasukan Man City (Manchester City) beli sebuah kelab Malaysia dahulu?” katanya.

 

Menyokong sahutan itu, pengikut akaun Twitter baginda turut memuat naik video yang memaparkan kompilasi perlawanan bola sepak pasukannya dan ahli Parlimen Muar itu.

Video berkenaan tular apabila diulang kicau sebanyak 335 kali. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini