[VIDEO] Tinggikan Gaji, Hentikan Diskriminasi - Utusan Malaysia

[VIDEO] Tinggikan Gaji, Hentikan Diskriminasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Mei – Jawatankuasa Mei 1 telah menganjurkan himpunan aman yang bertemakan Tinggikan Gaji, Hentikan Deskriminasi bersempena dengan sambutan Hari Pekerja hari ini.

Koordinator Jawatankuasa Mei 1, Nalani Murugiah berkata, perhimpunan tersebut adalah untuk menuntut gaji mininum yang dijanjikan oleh kerajaan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

“Pihak kami menyuarkan kepada kerajaan untul segera menaikkan gaji minimum yang sebelum ini hanya RM1,100 kepada RM1,800 kepada para pekerja di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kerana rakyat Malaysia tidak menerima gaji setimpal dengan kerja yang dilakukan oleh mereka dan peningkatan taraf ekonomi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Perhimpunan Hari Pekerja, di Medan Pasar di sini.

Perhimpunan Aman Hari Pekerja tahun ini melihatkan satu perarakan aman diadakan dari Maju Junction pada pukul 10.30 pagi menuju ke Medan Pasar.

Nalani menambah, sambutan tahun ini adalah merupakan sambutan hari pekerja kali ke-25 yang telah diadakan oleh jawatankuasa tersebut sejak daripada tahun 1994.

“Selain daripada itu, tema tahun ini juga menuntut segala bentuk diskriminasi terhadap pekerja berasaskan gender, kaum dan agama yang sememangnya berterusan harus dihentikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini