SEPANG 17 Mei – Suspek utama iaitu lelaki warga Nigeria yang disiasat berkenaan kes kematian Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Khairuddin direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret A.Akhiruddin@Boy Acho sehingga 23 Mei ini. Perintah reman dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Semalam polis berjaya mengesan dan menangkap suspek itu…










