[VIDEO] Kuliah terakhir Abu Hassan Din di Surau An-Nur Seremban - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kuliah terakhir Abu Hassan Din di Surau An-Nur Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, 73, menyampaikan ceramah di Surau An-Nur Fasa 3 Bandar Seremban Selatan dekat sini malam tadi sebelum dia disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi tadi.

Setiausaha surau itu, Allaudin Shah Maidin Syed berkata, Allahyarham menyampaikan kuliah bertajuk ‘Di Ambang Ramadan’ di hadapan kira-kira 150 jemaah surau berkenaan bermula kira-kira pukul 8 malam.

“Pada akhir kuliah itu, Allahyarham membenarkan para jemaah surau mengajukan soalan kepadanya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau kemudian berkata selepas malam ini tiada lagi soalan selepas tiada lagi pertanyaan dan menutup kuliahnya dengan bacaan doa,” katanya dalam nada sedih ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Allaudin Shah berkata, Allahyarham tiba di Surau An-Nur Fasa 3 Bandar Seremban Selatan kira-kira pukul 8 malam dan menyampaikan kuliah sehingga pukul 9.30 malam.

Katanya, Allahyarham sempat mengadu tentang kesesakan jalan raya yang terpaksa ditempuhnya selama dua jam dari Kuala Lumpur sehingga menyebabkan beliau lewat tiba.

Menurutnya, Allhahyarham seterusnya menyertai jamuan makan bersama orang ramai yang dihidangkan oleh surau berkenaan selepas majlis tersebut selesai. 

“Allahyarham beritahu beliau sudah lama tidak makan nasi dan hanya makan kuih. Kami bersalaman dengan beliau sebelum Allahyarham menaiki kereta untuk pulang,” ujarnya.

Jelasnya, para jemaah berasa terkejut dan sedih apabila mendengar berita pagi ini mengenai kematian pendakwah tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini