SEREMBAN – Dua buah premis perniagaan di lokasi tumpuan pelancong Sungai Ujong Walk di sini terbakar kira-kira pukul 9.20 malam tadi. Kebakaran itu melibatkan sebuah premis menyimpan makanan ringan dan sebuah restoran. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, tiada kemalangan jiwa dalam insiden itu. “Premis yang terbakar adalah sebuah kedai dijadikan stor menyimpan makanan ringan yang menyebabkan api besar. “Kebakaran itu merebak ke restoran di sebelah premis itu. Kedua-dua premis itu telah ditutup semasa kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya