[VIDEO] Adira terkilan tidak pernah beraya dengan arwah ayah - Utusan Malaysia

[VIDEO] Adira terkilan tidak pernah beraya dengan arwah ayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Adira Suhaimi melahirkan rasa terkilan kerana tidak pernah berpeluang meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama arwah ayahnya, Suhaimi Rajiman yang meninggal dunia pada 21 Mac lalu.

Menurut penyanyi lagu Pujaan Hati itu, hubungan dengan arwah ayahnya ketika masih hidup agak renggang memandangkan ibu bapa Adira mengambil keputusan untuk berpisah ketika dia masih berada dalam kandungan ibunya.

“Sejujurnya, banyak perkara yang tidak sempat saya lalukan dengan arwah ayah. Antaranya, saya tidak pernah berkesempatan untuk meraikan kedatangan hari raya bersama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila dia sudah tiada, baru perasaan terkilan muncul dan teringat perkara-perkara yang boleh kami lakukan bersama.

“Jadi, jika anda masih mempunyai ibu dan bapa, cari peluang untuk habiskan masa bersama mereka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran tudung Adira X Hermanas di sini petang tadi.

Dalam pada itu, Adira yang kini hamil tujuh bulan turut memberitahu yang arwah ayahnya juga tidak berkesempatan bertemu dengan anak-anaknya iaitu Anggerik, 2, dan Assan, lapan bulan.

“Selain tidak pernah beraya bersama, arwah ayah juga tidak berkesempatan bertemu dengan cucunya.

“Saya berharap agar arwah ayah dapat bertemu dengan cucunya, tetapi sudah tidak ada rezeki. Apa yang boleh saya harapkan, semoga roh ayah tenang di sana,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini