[VIDEO] 2 pelajar maut motosikal dirempuh kereta - Utusan Malaysia

[VIDEO] 2 pelajar maut motosikal dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 9 Mei – Dua pelajar perempuan yang dalam perjalanan ke sekolah maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka secara berasingan dirempuh sebuah kereta di Kampung Pasir Puteh, di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.24 pagi itu mangsa, Siti Norhanim Alia Hamid, 17, yang menunggang motosikal bersendirian maut di tempat kejadian.

Rakan sekolahnya, Nor Asmidar Iliana Abdullah, 17, yang menunggang sebuah lagi motosikal lain meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tumpat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Adik Nor Asmidar Iliana, Puteri Balqis, 13, yang membonceng motosikalnya pula cedera dan masih dirawat di Hospital Tumpat.

Kesemua mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat dekat sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini