LONDON 6 Mei – Jamie Vardy boleh menjadi ancaman Manchester City dalam perebutan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), kata bos Leicester, Brendan Rodgers.
Penyerang Leicester itu sudah meledak 11 gol dalam 11 perlawanan malah dia pernah menjaringkan lima gol sepanjang pertemuan menentang City dan Rodgers percaya kemampuannya itu mampu menimbulkan perasaan gerun terhadap pertahanan City.
“Apabila saya mempersiapkan pasukan untuk beraksi, anda tahu dia pemain yang perlu diberi perhatian sebab jika anda memberi ruang kepadanya dia akan menyakiti anda.
“Bagi kami, apabila mendapat bola kami akan bermain laju. Anda boleh melakukannya? Ruang akan menjadi anda,” kata Rodgers.
Rodgers, membimbing Liverpool dalam perebutan EPL pada musim 2013 berkata sentimen bekas kelab tidak akan memberi kesan.
“Menakjubkan apabila anda terlibat dalam perebutan kejuaraan namun saya hanya memikirkan Leicester dan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan keputusan (kemenangan). Kami menghormati lawan kerana ini perlawanan sukar,” katanya lagi. – AGENSI











