Valencia buat Barcelona kempunan lagi - Utusan Malaysia

Valencia buat Barcelona kempunan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLE, Sepanyol 26 Mei – Usaha Barcelona untuk menambah koleksi trofi musim ini selepas muncul juara La Liga berakhir dengan satu lagi kegagalan apabila tewas mengejut 1-2 kepada Valencia pada final Piala raja Sepanyol awal hari ini.

Selepas dihampakan dengan kegagalan di Liga Juara Juara Eropah, ini merupakan satu lagi tamparan buat skuad bimbingan Ernesto Varverde yang mungkin bakal kehilangan jawatannya.

Dua gol pendahuluan menerusi Kevin Gameiro dan Rodrigo dalam tempoh 13 minit babak pertama menceritakan sengsara Barcelona pada perlawanan itu sebelum Lionel Messi hanya mampu merapatkan jurang di lewat babak kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kekalahan itu sekaligus menghalang Barcelona daripada meraih trofi tersebut buat kali kelima berturut-turut dan terpaksa berpuas hati dengan satu trofi sahaja musim ini iaitu juara liga.

Presiden kelab, Josep Maria Bartomeu bagaimanapun mempertahankan jurulatih mereka dengan berkata, ini bukan salah Valverde sebaliknya usaha telah dilakukan semua yang terbabit tetapi masih tidak berhasil.

“Ini bukan salah jurulatih. Saya rasa dia sudah melakukan yang terbaik,” kata Bartomeu yang mengakui masih mahu melihat Valverde berkhidmat dengan kelab itu musim depan.

Valverde pula nampak tenang selepas kekalahan itu walaupun percaya ramai yang kecewa dengan kegagalan Barcelona muncul juara Piala Raja Sepanyol.

“Saya baik sahaja. Apabila kalah macam ini, jurulatih macam saya masih mahu terus berjuang untuk cabaran seterusnya. Saya sedar kekalahan sukar diterima di kelab ini,” katanya.

Jurulatih Valencia, Marcelino pula benar-benar meraikan kejayaan meraih trofi pertama kelab itu sejak 2008 dengan berlari keliling padang ketika pemain-pemain Barcelona melutut kecewa sebaik perlawanan berakhir.

“Kami selalu percaya kepada diri sendiri. Menewaskan Barcelona untuk menang trofi sesuatu yang istimewa. Kami memang berhak menang,” kata Marcelino yang hampir dipecat Januari lalu apabila pasukannya hampir berada dalam zon penyingkiran ke liga bawahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini