KUALA LUMPUR 23 Mei – Lynas Malaysia Sdn. Bhd. mengesahkan komitmennya kepada Malaysia susulan pemeteraian memorandum persefahaman antara syarikat induknya dan Blue Line Corporation untuk membina kemudahan pemisahan nadir bumi di Amerika Syarikat. Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Urusan dan Naib Presidennya, Datuk Mashal Ahmad berkata, cadangan usaha sama Lynas Corporation dengan syarikat yang berpangkalan di Texas itu tidak akan memberi kesan kepada operasinya di Malaysia. Beliau berkata, berdasarkan cadangan awal JV itu tumpuan akan diberikan kepada pemisahan nadir bumi berat berbanding tumpuan Lynas Malaysia kepada pemisahan nadir bumi ringan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya