Usaha bawa pulang rakyat Malaysia di Syria masih berjalan - Utusan Malaysia

Usaha bawa pulang rakyat Malaysia di Syria masih berjalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Mei – Usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terlibat dengan aktiviti militan serta ahli keluarga mereka di Syria masih giat dijalankan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, setakat ini pihaknya masih berkomunikasi dengan pihak Syria dan Turki untuk meminta jasa baik mereka memberikan kebenaran membawa pulang individu-individu terbabit.

“Bagi mereka yang jelas telah melakukan kegiatan keganasan di sana mereka akan diadili dengan undang-undang di negara ini manakala bagi ahli keluarga mereka yang kita telah sahkan tidak terlibat langsung, kita akan berikan kaunseling sebelum dibebaskan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berapa lama lagi masa yang diperlukan untuk membawa mereka pulang bergantung kepada pihak di sana (Syria), kita mendapat kerjasama yang baik daripada agensi di sana,” katanya ketika ditemui selepas Program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) di Bazar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail, Damansara di sini hari ini.

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 39 rakyat Malaysia yang ditahan di Syria berhubung dengan pihak berkuasa merayu untuk pulang ke negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay  berkata, mereka terdiri daripada 10 lelaki, 11 wanita, 12 kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini