KUALA LUMPUR 31 Mei- Keuntungan bersih DRB-Hicom bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019, susut kepada RM122.87 juta daripada RM430.37 juta dicatatkan pada tahun sebelumnya. Bagaimanapun, hasil meningkat 1.8 peratus kepada RM12.48 bilion daripada RM12.25 bilion. Bagi suku keempat, syarikat itu mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM127.86 juta daripada kerugian bersih RM59.41 juta. Ia mencatatkan hasil lebih tinggi berjumlah RM3.47 bilion daripada RM2.98 bilion, berikutan hasil lebih tinggi sebanyak RM7.36 bilion disumbang oleh syarikat automotif terutamanya jualan Proton X70 (X70). Proton menerima 30,000 tempahan dan menyerahkan sebanyak 14,000 unit X70, katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya