Unitar bantu pelajar pilih kerjaya sesuai - Utusan Malaysia

Unitar bantu pelajar pilih kerjaya sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Universiti Antarabangsa Unitar (Unitar) bekerjasama dengan Mimos Berhad bagi memperkenalkan satu sistem penilaian psikometrik yang digunakan untuk mengukur minat kerjaya seseorang individu.

Unitar menerusi satu kenyataan berkata, sistem penilaian tersebut dibangunkan berdasarkan teori-teori pembangunan kerjaya dalam usaha meningkatkan nilai tambah graduan bagi menembusi pasaran kerjaya kelak.

“Usaha Unitar bagi melahirkan graduan berkualiti adalah selaras dengan akronim CARE iaitu kerjasama (collaborative), penyesuaian (adaptive), cerminan (reflect) serta keusahawanan (entrepreneurial).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Justeru, sistem penilaian psikometrik yang digunakan itu dilihat sebagai satu penyelesaian untuk pihak kami dalam memudahkan para pelajar membuat keputusan berhubung jurusan pengajian yang ingin dipilih,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

Tambahnya, sistem penilaian itu juga turut membolehkan pelajar membuat keputusan tepat dalam memilih bidang pengajian sekali gus menjamin prospek kerjaya yang akan diceburi mereka kelak.

“Menerusi sistem berkenaan, keupayaan pelajar, kecenderungan, pengetahuan dan ciri-ciri peribadi akan digabungkan seterusnya analisa keputusan dipaparkan bagi membantu mengetahui kekuatan modal insan mereka.

“Kami juga berharap dapat melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berpengetahuan luas, holistik dan berdaya saing bagi menghadapi kepesatan revolusi industri 4.0 selain mampu mendepani cabaran mencari kerja,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini