KUALA LUMPUR 27 Mei – MGB Bhd. memperoleh kontrak bernilai RM134.7 juta daripada Blee & W Architects Sdn. Bhd. bagi pihak Seloka Sinaran Sdn. Bhd. (SSSB). MGB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, surat pemberian kontrak itu diterima oleh anak syarikat milik penuhnya, MITC Engineering Sdn. Bhd.. Katanya, kontrak itu adalah untuk cadangan projek pembangunan perumahan di Dengkil, Sepang, Selangor. “Projek Fasa 1C (3A) dan Fasa 1C (3C) akan bermula…










