KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melakar sejarah tersendiri apabila muncul menjadi institusi pengajian tinggi awam tempatan (IPTA) pertama di negara ini yang melantik pelajar sebagai Ahli Senat Universiti. Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pelantikan empat pelajar merangkumi dua sebagai Ahli Senat manakala dua lagi sebagai pemerhati itu bertujuan meningkatkan penglibatan golongan tersebut dalam pentadbiran dan pengurusan universiti selaras dengan seruan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik. “Dua pelajar yang dilantik sebagai Ahli Senat ialah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA, Harun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya