UMSC rai jururawat - Utusan Malaysia

UMSC rai jururawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – Kira-kira 200 jururawat dirai dalam satu majlis makan tengah hari bersempena Hari Jururawat Sedunia 2019 di Armada Hotel, Petaling Jaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC) Azhar Harun berkata, majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian anugerah bagi prestasi terbaik kakitangan wanita dan lelaki, pertandingan pakaian tradisional, cabutan bertuah dan persembahan daripada jururawat.

“Sebagai penyedia penjagaan kesihatan yang komited, UMSC diberi penghormatan untuk meraikan peristiwa penting ini. Ia diadakan bertujuan menghargai usaha dan sumbangan pasukan kejururawatan yang berdedikasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berasa amat bangga mempunyai kakitangan yang dinamik dan komited. Sambutan Hari Jururawat Sedunia adalah peluang terbaik bagi kami untuk meraikan kerjaya sebagai jururawat di UMSC ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini