JELEBU 4 Mei – Sebanyak tujuh buah rumah dan sebuah kedai di Simpang Gelami dekat sini mengalami kerosakan dalam kejadian ribut semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang, tiupan angin kencang menyebabkan bumbung rumah dan kedai berkenaan rosak. Sebahagian bumbung rumah tersebut juga tercabut. Bagaimanapun, tiada penghuni yang mengalami kecederaan akibat kejadian itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Bakri Sawir berkata, kes itu telah dirujuk kepada Pejabat Daerah Jelebu untuk tindakan susulan. “Pejabat berkenaan akan membuat penilaian bagi membolehkan bantuan disalurkan untuk membaiki kerosakan tersebut,” katanya di sini hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya