KOTA BHARU – Seorang peniaga, Mohd. Zin Mohamed, 59, dari Kampung Teras, Binjai di sini tidak menyangka perusahaan air nira dari batang pokok kurma yang ditanamnya mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat. Mohd. Zin atau mesra dengan panggilan Haji Zin berkata, permintaan itu semakin meningkat setiap kali tibanya bulan Ramadan apabila telefon bimbitnya tidak berhenti berdering kerana dihubungi oleh kenalan serta orang ramai. “Dahulu saya hanya buat suka-suka untuk hobi…










