JAKARTA 9 Mei – Pasukan Tentera Udara Indonesia (TNI-AU) bakal menggunakan jet pejuang bagi mengejutkan penduduk untuk bangun bersahur sepanjang bulan Ramadan ini bagi meneruskan upacara tradisi tahunan itu.
Jakarta Post melaporkan, menerusi akaun Twitter, pasukan tersebut menyatakan bahawa latihan penerbangan jet pejuang akan dijalankan di beberapa bandar di Pulau Jawa termasuk Surabaya di Jawa Timur, Surakarta, Klaten dan Sragen di Jawa Tengah dan Yogyakarta.
Kicau yang dimuat naik menulis ‘Insya Allah, kami akan meneruskan tradisi mengejutkan orang ramai supaya bangun bersahur dengan menggunakan jet pejuang’. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











