KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) perlu mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) untuk merekod bacaan meter dengan melakukan siasatan dalaman bagi menilai semula kemungkinan berlaku kesilapan hingga membebankan pengguna. Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Patriot Negara, Mohd. Al Iman Zakaria berkata, jawapan TNB bagi menjelaskan mengenai kenaikan mendadak bil yang diterima kebanyakan pengguna adalah tidak meyakinkan dan tidak munasabah. Katanya, siasatan dalaman perlu dilakukan bagi mencari jalan keluar dan…










