Tiga warga asing maut, van terbabas - Utusan Malaysia

Tiga warga asing maut, van terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI 19 Mei – Tiga warga asing maut apabila van yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 190 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat Simpang Empat Semanggol, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.34 pagi.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, didapati kemalangan melibatkan sebuah van terbabas dengan anggaran mangsa terlibat seramai 14 orang dan kesemuanya warga asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga daripada mangsa tersebut tersepit dan operasi penyelamatan sedang dijalankan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini