Tiga warga asing maut, 11 cedera kenderaan dinaiki terbabas - Utusan Malaysia

Tiga warga asing maut, 11 cedera kenderaan dinaiki terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI – Tiga individu warga asing maut manakala 11 lagi cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dipercayai terbabas di Kilometer 190, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di Simpang Empat Semanggol di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.34 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. 

“Tiba di lokasi, anggota mendapati kemalangan melibatkan sebuah van membawa 14 penumpang yang dipercayai terbabas. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga disahkan maut di lokasi kejadian manakala 11 yang lain cedera,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini