KEPALA BATAS 2 Mei – Terpedaya dengan tawaran iklan pinjaman wang di laman sosial Facebook, seorang lelaki dan dua wanita menjadi mangsa terbaharu sindiket penipuan pinjaman wang yang tidak wujud melibatkan kerugian berjumlah RM12,070. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, ketiga-tiga mangsa hanya menyedari ditipu sindiket berkenaan semalam selepas tidak menerima wang yang dijanjikan lalu melaporkan kejadian itu kepada pihak polis. NOORZAINY MOHD. NOOR…









