Tiga kenalan didakwa sebabkan kematian - Utusan Malaysia

Tiga kenalan didakwa sebabkan kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Tiga kenalan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pemuda di Rantau Panjang, di sini bulan lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, Muhammad Mahfuz Aris Md. Nawi, Mohamad Haniff Mazlan dan Azrol Affendi Daud yang masing-masing berusia 26 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Mereka didakwa bersama-sama telah didapati dengan niat bersama melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh hingga menyebabkan kematian mangsa, Mohamad Noralimin Hafiz Osman, 23.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bangunan stor kereta Jalan Banggol Kulim, hadapan Pejabat Penggawa Kampung Bagus, Rantau Panjang di sini kira-kira antara pukul 3 petang hingga 5.30 petang pada 8 April lalu.

Mereka menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Mohd. Yusoff Yunus.

Akhbar Kosmo! pada 12 April lalu melaporkan seorang pemuda, maut dipukul akibat cemburu kerana didakwa mempunyai hubungan dengan isteri kepada tertuduh pertama iaitu, Muhammad Mahfuz Aris.

Dia bagaimanapun meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 petang, 9 April lalu ketika mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Terdahulu, pada hari kejadian mangsa yang berasal dari Kota Bharu telah dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan sebelum dirujuk ke HUSM. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini