TEHERAN 20 Mei – ‘Cemuhan penghapusan etnik’ oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak akan ‘memusnahkan Iran’, hari ini.
Menurut Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, rakyat Iran telah berdiri bersama sejak milenium yang mana semua penyerang sudah tiada.
“Terorisme ekonomi dan cemuhan penghapusan etnik tidak akan ‘memusnahkan Iran’.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Jangan mengancam rakyat Iran. Cuba hormat, ia berkesan!,” katanya dalam akaun Twitter.
Semalam, Trump menyatakan Iran akan dimusnahkan jika ia menyerang kepentingan AS. – AFP











