Tiada kesan negatif fizikal, mental pada anak Aliff Syukri - Utusan Malaysia

Tiada kesan negatif fizikal, mental pada anak Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemeriksaan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap anak perempuan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mendapati tiada kesan negatif pada kanak-kanak itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pemeriksaan itu mendapati tidak kesan negatif secara fizikal dan psikologi yang dialami Qadejah El Zahra, 9, atau nama timangannya Cess, rentetan kes dirotan Aliff Syukri.

“JKM sudah siasat dan laporan mendapati tiada kesan negatif ke atas anak beliau, (namun) sekarang ini kita nak rujuk kepada hospital pula.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tahu niatnya (Aliff Syukri) untuk mendidik anaknya, tapi (dia) dipamerkan (kongsi video). Jika (dilihat) keterlaluan memang JKM telah ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau Parlimen Pandan, di Ampang, hari ini.

Susulan kes itu, Wan Azizah,yang juga Timbalan Perdana Menteri, turut menasihatkan ibu bapa agar  mengamalkan pendekatan yang lebih baik atau ‘good parenting’. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini