BANGI – Tiada kes penderaan dilaporkan berlaku di mana-mana Tabika dan Taska kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berikutan pemantauan dan kaunseling berterusan diberikan kepada golongan guru, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun. Beliau berkata, setiap guru Tabika wajib lulus ujian psikometrik bagi memastikan mereka layak diberikan amanah membimbing kanak-kanak. Komuniti setempat turut memainkan peranan penting dalam menjadi ‘mata dan telinga’ kepada Kemas tentang perkembangan di tabika dan taska, katanya. “Selain guru-guru terlatih, pemantauan kami juga diadakan dari hari ke hari,” katanya dalam sidang akhbar selepas menutup dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya