BANGKOK 2 Mei – Lautan manusia berbaju kuning kini menjadi pandangan biasa di Thailand menjelang majlis pemahkotaan Raja Maha Vajiralongkorn hujung minggu ini, upacara pertama seumpama itu sejak hampir tujuh dekad. Rakyat Thai kini dalam suasana pesta bagi merayakan pemahkotaan Raja Maha Vajiralongkorn, 66, yang bergelar Raja Rama X, pada Sabtu dan akan berlangsung sepanjang hujung minggu sehingga Isnin. Pesuruhjaya Pejabat Polis Strategi, Leftenan Jeneral Kraiboon Suadsong berkata, persiapan bagi…










