KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Alif Satar, 29, meluahkan rasa teruja apabila diberikan peluang berduet dengan kumpulan nasyid terkenal era 90-an, Raihan menerusi lagu berjudul Sesungguhnya ‘19. Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd. Satar berkata, impian untuk bekerjasama dengan kumpulan tersebut sebenarnya sudah lama diimpikan iaitu sekitar usianya tujuh tahun. “Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kerana impian saya untuk berduet dengan kumpulan nasyid nombor satu negara, Raihan dikabulkan dan dipermudahkanNya. “Saya memang minat lagu-lagu kumpulan Raihan sejak zaman kanak-kanak lagi. Saya merasakan kerjasama yang diberikan ini sebagai satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya