Ter Stegen sertai senarai kecederaan Barcelona - Utusan Malaysia

Ter Stegen sertai senarai kecederaan Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 16 Mei – Barcelona berkata, hari ini, bahawa penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen ditimpa kecederaan lutut, yang sekali gus mencetuskan kebimbangan ekoran isu kecederaan yang melanda kelab itu menjelang perlawanan akhir Copa del Rey.

Luis Suarez sudah pasti terlepas perlawanan menentang Valencia pada 25 Mei ini, selepas dia menjalani pembedahan lutut, minggu lepas, manakala Ousmane Dembele turut bergelut dengan masalah ketegangan hamstring.

Sementara itu, Philippe Coutinho turut kelihatan terhincut-hincut sewaktu perlawanan menentang Getafe, Ahad lalu, walaupun kelab berharap dia sempat sembuh menjelang perlawanan akhir di Seville.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ter Stegen mengalami masalah pada lutut kanannya. Dia tidak dapat bermain buat masa ini dan perkembangannya bergantung kepada proses penyembuhan,” kata Barcelona dalam satu kenyataan, hari ini.

Ter Stegen menjadi watak penting di Barcelona selepas membantu kelab itu menjuarai La Liga, musim ini, dan berada di kedudukan teratas dengan kelebihan 11 mata mengatasi Atletico Madrid.

Penjaga gol simpanan, Jasper Cillessen nampaknya akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ter Stegen pada perlawanan liga terakhir Barca di Eibar, Ahad ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini